catatan ibunda..buat tatapanmu

Sekadar berkongsi rutin kehidupan yang sempat diabadikan..

Tuesday, March 19, 2013

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YG MEMIKUL

Lama sungguh tak menulis busy terlalu busy sampai tak ada masa langsung nk pegang laptop.
hari ini baru lah terasa lega lapang cikit.

bermula sekembalinya kami dari pulang bercuti TBC di kampung ..
Keceriaan berada di kampung seolah2 diragut bila aku mula perasan ada sebiji butir air dilengan Humaira
hati dah berdebar2 takut apa yg berrlaku pada iman akan berlaku pd humaira.

aku rasa takut nk menghadapinya walaupun hanya chicken pox kerana itu aku pujuk ma untuk jaga humaira dikl. alhamdulilah ma bersetuju n abah juga tiada halangan tidak seperti waktu aku dalam pantang dulu byak sangat halangan dan dugaannya.

Yuppp .... memanng seperti yg aku jangkakan walaupun progress chicken pox nih agak slow tp memang maybe ada kaitan dengan jenis darah juga seeprti yg di terangkan oleh dr pakar menyebabkan ianya agak sukar untuk sembuh...

kali ini aku memang bertekad untuk tidak membawa humaira ke hospital kerana disanggup humaira diperlakukan seperti iman menjadi bahan eksperimen...
sementelahan pula ma ada bersama aku menguatkan lg semangat aku untuk menghadapi segala kemungkinan dan juga menguatkan semangat aku untuk memantau humaira dari rumah.
tapi bukan bermakna aku tidak membawa humaira ke klinik langsung..
aku ada membawa nya kepada dr pakar kanak2 n pakar kulit. 

bgiku ada antivirus  itu sudah cukup baik nasihat dari matjan ( adikku juga dr) juga aku guna pakai supaya terus memberikan ubat demam berterusan setiap 6j


ini  gambar keceriaan humaira sebelum kena chicken pox



keaadaan jg parah bla chicken pox byk di bhgian bibir mulut
masa tuh aku tak terpk untuk bedung tangannya supaya humaira tidak menggosok2 tanggan ke mukanya 


ini kesan dah kering 


keruping nyer dah mula luruh


Alhamdullilah Humaira dah sepenuhya  

Ini semua kami sekeluaraga anggap sbagai ujian dariNya
kami yakin setiap insan yang dikurniakan ujian adalah insan2 yg terpilih
kami rasa kami semakin dekat dgnNya.

Dedikasi Buat ibuku
Ma... 
Terima kasih kerana sudi bersama kami disaat kami uji dengan ujian yg maha hebat ini.
Aku ingat lagi kata2 ma di saat hari terakhir ma bersama humaira setelah hampir 2 minggu lebih bersama menjaga Humaira..
" Tokwan harap humaira akan jaga  Tokwan plak bila tokwan sakit atau tak larat nanti.."

hu...hu...hu.. sedey bila dgr n ingat kata2 my mum ttuh...

tp 

Kalu takwan xpesan mcm tuh pun insya Allah kami sekeluarga akan sentiasa jaga tokwan walaupun dalam sihat apatah lagi dalam sakit.
Insha Allah.

Tq Allah..Tq Ma... 
Alhamdullilah ..

No comments: