catatan ibunda..buat tatapanmu

Sekadar berkongsi rutin kehidupan yang sempat diabadikan..

Saturday, December 31, 2011

Salam tahun baru 2012

Pejam celik  pejam celik kejap jer rasanya dah nk masuk tahun baru plak..
2011 tahun yang memang banyak menyimpan memori pahit manis dalam rentetan kehidupan  aku sekeluarga.
kelahiran Muhamad Iman Haziq membawa kegembiraan dlam khidupan ku n Hubby....
2011 mencatat sejarah hampir kesemua ahli keluarga ku warded bermula awal januari 2011 Angah  warded sebab cirit birit n deman yg tinggi.... diikuti mac ibu (aku) warded sebab melahirkan iman ... Mei along warded coz 'anunyer" jangkitan kuman... Jun iman warded paling lama 2 week.. .. Alhamdullilah.. setiap dugaan ada hikmahnyer itu janji Allah pada umatnyer...

Moga 2012 menjanjikan yg terbaik untuk kami sekeluarga..moga keluargaku sentiasa dijauhi Hasad Dengki manusia yg bertopengkan syaitan... Moga kami sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki untuk kami panjangkan pad mereka yg tidak bernasib baik... Moga kami mencapai impian kami... Dan moga kami diberi kesihatan yang baik untuk kami beibadah kepada - Nya..

Amin..

Salam tahun baru...

Thursday, December 29, 2011

Muhasabah...


Muhasabah sebelum melakukan pekerjaan, langkah pertama adalah ia berhenti di awal keinginannya dan tidak terus melakukan keinginan itu sehingga jelas dan clear meneruskan adalah lebih baik dari meninggalkannya.
Al Hasan berkata:
“Semoga Allah merahmati hamba hambanya yang berhenti di saat keinginan. Sekiranya kerana Allah ia laksanakan, jika selain dari Allah ia tinggalkan”
Empat step yang perlu diambil semasa melakukan muhasabah sebelum melakukan sesuatu perbuatan;
  1. Jika kita bergerak untuk melakukan sesuatu perbuatan dan berkeinginan melaksanakannya, hendaklah kita berhenti dan merenung serta memikirkan apakah perbuatan tersebut kita sanggup lakukan atau tidak?
  2. Jika tidak sanggup terus kita memberhentikannya. Sekiranya kita sanggup melakukannya hendaklah kita fikirkan adakah melakukan lebih baik daripada meninggalkan atau meninggalkan lebih daripada melakukan
  3. Jika jawapannya yang pertama, kita hendaklah memikirkan apa yang mendorong perbutan itu, adakah keinginan mendapat keredhaan Allah dan pahalaNya atau keinginan mendapat pangkat, pujian dan harta dari makhluk. Jika jawapannya yang kedua kita hendaklah membatalkan perbuatan itu supaya tidakterbiasa melakukan sesuatu selain dari Allah dan merasa berat untuk melakukan sesuatu kerana Allah
  4. Jika jawapannya yang pertama, kita hendaklah fakir kembali, apakah perbuatan kita akan di Bantu dan ada orang yang bersedia membantu, sekiranya perbuatan tersebut memang memerlukan pertolongan. Jika tidak ada yang menolong kita dalam perbuatan tersebut, kita hendaklah berhenti sebagaimana Rasulullah saw menunda jihada di Mekah sehingga beliau mendapat penolong.Jika ada penolong teruskan perbuatan tersebut
Inilah step step muhasabah sebelum melakukan sesuatu perbuatan yang perlu kita praktikkan supaya kita tidak menyesal kemudian dan tidak rugi.
b. Muhasabah selepas melakukan pekerjaan: 3 step yang perlu diambil perhatian;
i. Muhasabah ke atas ketaatan diri kita disegi kekurangan dalam menyempurnakan hak hak Allah. Hak hak Allah dalam ketaatan ada 6 perkara;
  • Ikhlas dalam melakukan perbuatan.
  • Nasihat kerana Allah dalam perbuatan tersebut
  • Mengikuti Rasulullah saw.
  • Persaksian ada kebaikan pada perbuatan tersebut
  • Persaksian kurniaan Allah dalam perbuatan itu.
  • Persaksian atas segala kekurangan diri kita dalam perbuatan tersebut
Oleh itu kita hendaklah sentiasa menyoal diri kita apakah kita telah memenuhi semua hak hak tersebut? Dan melakukan dengan penuh ketaatan.
ii. Kita hendaklah sentiasa menghisab diri dari melakukan sesuatu perbuatan yang lebih baik tinggalkan daripada melakukannya.
iii. Kita hendaklah sentiasa memuhasabah diri kita ke atas hal hal yang mubah (harus) atau yang biasa kita lakukan hari hari. Kenapa kita lakukannya? Apakah kita melakukannya kerana Allah dan mengharapkan hari akhirat.

Saturday, December 17, 2011

Munafik.( Renungan)


Tidak! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah. Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani. Maka,
izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.
Janganlah berhenti. Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.
Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga. Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi. Kemudian, satu lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.
Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik atau hipokrit yang diberikan orang. Tuduhan yang tersangat salah! Saya tertarik dengan satu hadis:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani.
Saya paling tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menagis'. Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon? Adakah kita mahu
menipu Allah?
Tidak. Sama sekali tidak. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia. Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku.
Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis', sebaliknya Allah sediakan kita keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.
Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik! Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.
Untuk mencapai kesempurnaan iman, jangan takut mencuba menerima cacian.
Kesimpulan
Jangan peduli cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Allah pasti akan suka, jika kita mahu berubah. Cuma syaitan saja yang tak suka. Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik, dia tu macam syaitan. Ada bantahan?
Selepas ini, jika ada lagi orang kata 'kau munafik', maka balaslah, "So what?

Thursday, December 15, 2011

Terasa Dekat diri padaNya... Amin

 Allah berfirman bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271) Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud: "Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan"

Friday, December 9, 2011

Ombak Rindu..

Sejak ditayangkan sering dengar org dok bercakap sini  sana pasal ombak rindu nih.. best sangat ker??
first dgr dari kak Masliza, kak Liza nih bukan jenis yang layan sgt citer2 melayu nih tp bila dia post kat fb tgk citer tuh n good comen so aku pun menyimpan hasrat nk g tgk.
Fisrt week ditayangkan sah2 lah aku xdapt gi kan coz my hubby ada meeting kat klang seminggu dia kat sana wlaupun dekat tp stay kat hotel kat sana.
so pendam kan jer dulu hasrat tuh.. aku nih bukan yg jenis setiap citer layan kat panggung berapa kali aku masuk panggung pun bleh kira ngan sebelah jari jer.. bila hubby xder n hubby tgh busy aku pendam kan jerlah dulu hasrat tuh kan.

after 1week hubby pun dah balik ada gak ckp2 pasal ombak rindu nih tp just kias2 jer dulu coz tgk my hubby very2 busy. N hubby ku pun cam tak berapa layan jer story aku nih ..

hushhhh... xleh jadi nih perasaan semakin membuak2 nk tgk Ombak Rindu nih..

Finally ku suggestkan pd hubby ku
" banggggg.... bleh tak lyn g tgk ombak rindu"
hish takkan nk g tgk citer camtuh bw anak2 kot?
memang xyah bw lah anak2 ..
mmmm...kalu abg xnk g lyn g ngan pah n ti ( pengasuh taska) yer ..
okey......
yes...yes.... dah dapat green light..

aku pun dan..dan masa tuh jugak check time show kat brem mall kt internet
k..7.40 mlm 
sms pengasuh suruh get ready  lepas maghib terus g..
sampai brem mall 7.30 
 n.. tgk show time  ombak rindu dah mula jam 7.20 aduhai aku siap persoalkan kat budak yg jaga kaunter tiket tuh nape imformatian kat internet lain..
tp dah terlanjur dtg aku masuk gak lah lgpun baru 10 minit berlalukan promo  lagi.. sempat....

memang berbaloilah g tgk best kalu citer melayu memang bset lar jika nk dibandingrkan dgn cite melayu yg lain.
lagi best kalu g ngan hubby ku...

ok 5 ***** 
4
OMBAK RINDU


Wednesday, December 7, 2011

Jadi suri rumah sepenuh masa

Bermula awal disember aku menanam impian untuk memenuhi cutiku dgn menjadi suri rumah sepeenuh masa, Tekadku untuk bangun seawal pagi menyediakan beakfes untuk hubby n anak2ku. Kemas rumah, gardening ckit2. tgk anak2 study ckit ( walaupun cuti aku xkan biarkan mereka meninggalkan buku terus terutama angah) sediakan lunch, buat kuih untuk minum ptg,  dengan kata lain semuanya aku buat sendri.

Cumanyer Taska aku xbleh tggalkan bodoh pd pengasuh w/pun mereka bleh dpercayai.. so, biasanya waktu ptg dari pkul 4.30-6.30 aku akan berada dtaska. Seronok tgk karenah anak2 dtaska.



nyayian


aktiviti bebas sementara tggu ayah n bonda dtg amik


minum susu

aktiviti kreatif
buat teropong

taraaa... dah siap


antara aktiviti yang sempat disnap ..


Tapi seboleh2nyer aku akan berada drumah masa cuti nih melayan anak2ku 
jika ada keperluan @ kesempatn baru aku bersama anak2 dTaska.

Hubby ku
cukup busy cuti kali ini kalu dulu dia hanya pemeriksa  .
tp this year dah jadi ketua pemeriksa plak.
so, aku tak mau kacau sgt keje dia biarlah dia siapkan semua tuh 
aku yg tgk nih pun naik fening-fening.. nikan plak dia yg bekerjakan..

so..i'm happy now coz i bleh uruskan anak2 n rumah tgga dgn jayanya

macam sbelum ni xpernah buatkan?/
Sebelum nih buat tp xsepenuhnyer.. asal cuti jer asyik berjalan...

masa nilah selagi xada aral yg melintang slagi ku rasa happy...




Friday, December 2, 2011

Apa makna semua nih???????





ader saper2 bleh teka aper semua nih?
mula-mula mende nih sampai di rumah  ku aaku dah menggeleng2kan kepala melihatnye
tak sanggup rasanyer..

penuh satu bilik stor di rumah  ku dgn mende nih..

sori yer xleh bagitau aper..
tp kalu sesaper yg jdi  cikgu tau lah aper nih.
sajaku post kan sebagai kenangan...