catatan ibunda..buat tatapanmu

Sekadar berkongsi rutin kehidupan yang sempat diabadikan..

Saturday, January 28, 2012

Balik Kampung ( edisi Makan2)

Biasalah kalu balik kampung keje kami asyik meronda tempat2 makan yg menjadi feveret kami masa dulu2.. 



 mee sup bawah jambatan jerteh.. feveret hubby...

istemewanyer mee nih cara pembikinannya yg lain cikit
dimana tiga elemen yg dimasak berbeza : 

1. sup daging yg direbus dlm periuk
2. sayur yg digoreng dalam kuali
3. mee kuning yg dibikin sendiri..
bila ada yg order br lah mee ini disatukan best...
semuanya masih mengunakan arang sebagai sumber api n yg lebih best xde langsung bahan perasa dimasukkan..

                                                     

tomyam kung at Secret Recipe yg baru dibuka dibandar jerteh...yummyyy..
istemewanyer udang yg sangat besar..





Maggi sup..... 
sedap tak terkata.. feveret kami laki bini wajid makan kalu balik kampung

ada satu lagi menu yg kami rasa agak istemewa 
maggi ketam..
tp gambar nyer ada dlm phone hubby... nanti ader masa ku post kan gambar maggi ketam tuh yer..

Balik Kampung ( Edisi pantai Bukit Keluang

Dah tiga  hari berada di kampung hubby ku.. kami berhijrah plak ke kampung ma (n bondaku) kami nih satu daerah jer tp kampung lain2 so kalu blik kg tuh xde lah problem coz we memang akan adil blik ke dua-dua rumah org tua kami..
















budak tecik nih lah yg paling hepi.. 


Kalu dikampung hubby ku cibuk bermain air terjun ... kontra plak dengan kampung ku yg berhampiran pantai so pe lagi bercandalah kami ditepian pantai..


istemewanyer  Pantai Bukit keluang nih :
 pernah jadi tempat Jombore Asia Pacific
n
kat cni jugak lah tempat pengambaran filem 
'Hikayat Merong Mahawangsa"

Balik kampung.. (Edisi La Hotspring)

Sempena cuti cny nih kami balik kg coz masa cuti sek ari tuh xdapat balik kg lama2 hanya untuk weeding matjan jer..

so kali nih we all balik for santai2..

First lokasi at Rumah MIL 

 g mandi manda at La Hotspring. Lokasinyer lebih  10km dari rumah hubby di kampung.




selain La hotpring nih ada beberapa lagi tempat perkelahan yg agak popular yang berhampiran dengan kampung hubby ku seperti Lata Tembakah n Lata Belatan.. semuanyer tempat air terjun.. best.. tp biasalah kalu gi time cuti memang lah orng ramai... 

Istimewanye lokasi nih coz ada 2 versi air satu air panas n satu lagi air sejuk...
Anak2ku lebih suka beremdam kat air sejuk...walaupun dah menggigil-gigil tp punyalah susah nk balik..

























Friday, January 20, 2012

Muhasabah diri..


Bila kita memulakan sesuatu...
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah...

Bila kita berniat...
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...

Bila kita berusaha...
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa...

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...

Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..

Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah...
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi.

Sedangkan...
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira...
Allah takkan lupa pada langkah kita.
Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,
Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,
Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati...

Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,
Kerana dalam firman Allah; 

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"

Kerana itu..
Pada masalah harus bersabar dan redha
Pada ujian harus tabah dan teguh
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..

Sama tetapi tidak serupa,
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...

Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar dunia mengikuti dengan redha...
Di sana,
Akhirat yang pasti...
Syurga yang terindah,
Atau
Neraka yang menyala!


.............................

"Jika kita menjaga hak2 ALLAH,
Nescaya ALLAH akan menjaga hak kita"

Jika kita ingat pada ALLAH sewaktu senang,
Nescaya ALLAH akan ingat pada kita sewaktu kita susah"

Jika kita ingat pada ALLAH sewaktu kita sihat"
Nescaya ALLAH akan ingat pada kita sewaktu kita sakit"

Hormati Tetamu


Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia
datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."



^^tazkirah hari jumaat nih^^


Kata Imam Al-Ghozali:☑ Yang Singkat Itu "WAKTU".☑ Yang Menipu Itu "DUNIA".☑ Yang Dekat Itu "KEMATIAN"
☑ Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".☑ Yang Berat Itu "AMANAH"☑ Yang Sulit Itu "IKHLAS".☑ Yang Mudah Itu "BERBUAT DO
SA".☑ Yang Susah Itu "SABAR".☑ Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".☑ Yang Membakar Amal Itu "GHIBAH".☑ Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".☑ Yang Berharga Itu "IMAN".☑ Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI".☑ Yang Ditunggu Allah Swt. Itu "TAUBAT".

Sunday, January 15, 2012

Dosa-dosa besar

Antara perkara-perkara Yang Menyebabkan dosa besar :

1. Syirik jali, kufur dan murtad.

2. Membunuh seseorang tanpa sebab yang sebenar.

3. Zina.

4. Liwat.

5. Merogol binatang.

6. Meminum minuman yang memabukkan.

7. Mencuri dengan kadar yang membolehkan dijatuhkan hukuman potong tangan.

8. Menuduh seseorang yang baik berzina.

9. Menjadi saksi dusta.

10. Merampas harta orang lain dengan tiada sebab yang membenarkanya berbuat demikian.

11. Lari daripada medan peperangan jihad.

12. Makan riba.

13. Memakan harta anak-anak yatim.

14. Mendurhaka kepada ibu bapa.

15. Mendusta ke atas Rasulullah s.a.w.

16. Menyembunyikan diri daripada menjadi saksi tanpa apa-apa keuzuran, sedangkan ia patut hadir untuk memberi keterangan.

17. Berbuka puasa Ramadan dengan sengaja, tanpa apa-apa keuzuran.

18. Bersumpah dusta.

19. Mendahulukan solat fardhu sebelum masuk waktunya atau melakukan solat fardhu selepas luput waktunya dengan sengaja tanpa apa-apa keuzuran syarie.

20. Memutuskan hubungan kekeluargaan dan silatulrahim dengan jiran dan kaum kerabat tanpa sebab-sebab yang di benarkan oleh syarak.

21. Menipu dalam sukatan timbangan barang, samada mengurang atau melebihkannya.

22. Sengaja meninggalkan solat fardhu tanpa apa-apa keuzuran syarie.

23. Menjatuhkan maruah seseorang Islam yang lain tanpa alasan yang di benarkan oleh syarak.

24. Menyumpah dan mengeji sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

25. Memberi dan menerima rasuah.

26. Menegah lelaki yang halal daripada masuk ketempat tidur isterinya.

27. Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang halal nikah dalam suatu majlis yang di tegah oleh syarak.

28. Mengadu kepada pemerintah atau pihak yang berkuasa supaya mengambil tindakan kepada seseorang tanpa alasan yang sebenarnya.

29. Enggan mengeluarkan zakat.

30. Melupakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang telah di hafalnya.

31. Membakar haiwan walaupun yang telah mati.

32. Mengamalkan ilmu sihir dan segala bentuk atau kaedah yang bersangkutan dengan khadam bersyarat serta mengajarkanya kepada orang lain.

33. Meninggalkan daripada menyuruh manusia supaya melakukan kebaikan dan tidak mencegah manusia daripada melakukan kejahatan. Padahal ia berkemampuan melakukan
perkara tersebut.

34. Isteri enggan melayani suaminya tanpa alasan yang munasabah atau isteri menderhaka kepada suaminya tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak.

35. Putus asa dengan rahmat Allah.

36. Tidak menghiraukan dengan kemurkaan Allah dengan sentiasa melakukan maksiat dan tidak pernah mengharapkan keampunan daripada Allah.

37. Zihar, iaitu menyerupakan isterinya dengan ibunya sendiri dari segi fizikal.

38. Memakan makanan dan minuman yang diharamkan tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak.

39. Memakan bangkai tanpa ada keuzuran syarak.

40. Namimah, iaitu memperlaga-lagakan kedua-dua belah pihak supaya bergaduh.

41. Mengumpat ke atas ahli-ahli ilmu yang beramal dengan ilmunya dan menghafaz Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Sebarang kesilapan atau kekurangan fakta adalah disebabkan oleh kelemahan diri penulis sendiri samada dari sudut keilmuan maupun dari pengalaman.
Wallahu a'lam.
MUGA KITA TIDAK MELAKUKAN DOSA BESAR MAHUPUN DOSA KECIL YA ALLAH LINDUNGI LAH PARA SAHABAT KU DARI KEMURKAAN MU

jangan putus asa


Kali pertama bumi diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak  berputar pada paksinya . Perkara ini merunsingkan para malaikat , lalu malaikat menghadap Allah S.W.T…
 “Wahai Rab yang maha mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?. Tanya para malaikat.
 “Kerana belum  dipaku”. Jawab Allah singkat.

“Lalu , bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?” Tanya para malaikat lagi.
“Aku akan ciptakan gunung – ganang”. Jawab Allah . Setelah itu , Allah terus menciptakan gunung-ganang di pelbagai belahan bumi . Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai pada paksinya.Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah S.W.T .
      Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi, iaitu gunung ganang , kemudian para malaikat pun bertanya lagi.
“Ya Rab, Adakah yang lebih kuat daripada paku?”
“Ada!” Jawab Allah. “Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi.
“Adakah yang lebih kuat lagi selain api Ya Rab? Tanya malaikat lagi?
“Ada, Yakni air yang dapat memadamkan api.” Jawab Allah lagi.
“Jadi Ya Rab , adakah yang lebih kuat lagi selain air?” sambung malaikat.
 “Ada , iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus.” Jawab Allah lagi.
“Tapi Ya Rab , adakah yang lebih kuat lagi dari semua itu(gunung,api,air,angin)?” Malaikat bertanya lagi.
       “Ada!, Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu” Demikian Allah S.W.T menjelaskan ~ [Hadis Kudsi] 

DUHAI HATI

Antara kaedah mengenalpasti keadaan hati sedang kotor dan jauh dari rahmat Allah ialah apabila dibacakan kalam Allah, bicara Islam atau mendengar azan, orang itu akan merasa segera jemu, mengantuk, tiada perhatian & tak peduli tetapi apabila mendengar bahan2 lalai & hiburan mereka mendengar dgn penuh semangat . Apabila dibuai lagu dan nyanyian mereka mengikut2nya dan menghafal liriknya & berasa segar fizikal & jiwanya. Semoga kita semua dijauhkan dari hati sebegitu.

kadang-kadang apabila melihat kejayaan atau kesenangan orang lain ada hati2 yang dengki dan kotor serta mencari jalan untuk menimbulkan hasad dengki... perbalahan tak cukup dengan itu menabur fitnah serta memutuskan hubungan silaturahim antara adik-beradik, kawan2 atau sesama saudara islam.. 


dan apabila beroleah kemenangan olehnya maka gembira dan berpestalah syaitanyg menghasut... kehidupan penuh kepura-puraan.. islam dijadikan alat dan topeng  manusia seperti ini..


Ya allah jauhilah aku dari manusia yang sebegini...Amin...