catatan ibunda..buat tatapanmu

Sekadar berkongsi rutin kehidupan yang sempat diabadikan..

Wednesday, April 11, 2012

Akhirnya Kau pergi jua...

Isnin 9/4/2012  Merupakan tarikh keramat buat Saudara Shakri dan anakanda Shakirin kerana kembalinya Allahyarhamah Nor Azira bt Mahmud kepada Penciptanya...

Arwah merupakan rakan sekerjaku.. juga merupakan jiran ku sebelum arwah berpindah ke Sri Astana n aku jga berpindah ke rumah baru... Bukan setakat itu saja arwah juga jiran ku di bilik guru sejak dari tahun 2002 lagi wlapun berpindah ke bilik guru baru...

Arwah mengidap sakit cancer usus sejak tahun 2006... tp selepas menjalani beberapa siri pembedahan n kimoterapi beliau kembali sihat pd penghujung tahun 2008.. dan menyambung semula tugas .. melihat pada perkembangannyer yg agak positif selepas itu membuatkan arwah leka untuk meneruskan follow up di hostpl.  arwah meneruskan ikhtiar dgn rawatan altenatif CVT.. dan memang kami teman2 yg terdekat dah melihat betapa arwah begitu aktif n sihat..

Sehinggalah  di awal Mei 2011 beliau sering mengadu sakit perut.. tp masih enggan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.... Kebetulan  masa tuh aku juga agak sibuk kerana masa yg sama iman warded hampir 2 minggu..

sekembali aku bertugas semula, ku lihat keadaan arwah makin tidak stabil n masih datang bertugas... ku cuba untuk menasihati beliau agak pergi ke hospital... akhirnya arwah akur... dan resultnyer sel2 kanser dh mula merebak..  bermula dari detik itulah arwah mula menunjukkan perubahannya negetif

Beberapa pembedahan dilakukan sebagai ikhtiar... namun tempoh yg diberkan oleh doktor hanya 3 bulan ..
 ( AllhahuAkhbar..)

Kali terakhir melihat arwah selepas arwah menjalani pembedahan sebelum tahun baru cina.. masa tuh ku lihat kesan ubat yg diberi.... tp masa tuh arwah masih mampun tersenyum.. n rancak berkata2..

Selepas cuti tahun baru cina arwah pulang ke kampung halamaannya... tp tak berapa lama kemudian arwah kembali semula  ke rumahnya... tp beirmula detik itu arwah mula tidak mahu berjumpa dengan sesiapa kecuali seorg sahabat kami yg beliau sudah anggap seperti kakaknyer sendiri ( kyah) sejak itu kami rakan2 kerja memdapat berita tentang arwah melalui kyah...

Sehinggalah pada pagi 7/4/2012  masa tuh ada Majlis anugerah cemerlang n Mesyuarat PIBG disekolah aku mendapat sms dari husband arwah... jika mahu menziarah arwah datanglah ke hospital selayang ...
tak sempat habispun majlis aku bersama beberapa org rakan lgi telah bergegas ke hospital...

Sesampai di sana, betapa terkejut melihat keadaan arwah... Saat itu airmata tak dapat lagi dibendung..sedu tak dapat lagi tertahan......sukar untuk di katakan...arwah dah separuh sedar .. namun bila aku n rakan2 memanggil namanya arwah masih mampu mengganguk...

8/4/2012 keaadan arwah semakin tidak stabil mula tidak memberi apa2 respon.. thanks to all rakan from SEMERA  ramai2 datang ke wad untuk bt bacaan yassin n sanggup bergilir2 menunggu arwah... D saat  begini dapat di rasakan kami bukan sekadar rakan kerja tp juga umpama hubungan adik beradik... rasanyer susah nk cari dmana2...

9/4/2012 pagi ini diiringi cuaca yng agak mendung kami warga guru n pelajar SEMERA mengadakan bacaan Yassin untuk arwah...
lebih kurang jam 10 pg dapat panggilan dari raknku karnai memaklumkan bhwa arwah sudah pergi meninggalkan kami buat selama2nya... Innalilah wa inna ilaihi raji' un..

Aku, kdah, kyah,kjah,kana, ktilah .hadi n jamal turut ke hospital membantu suami arwah menguruskan jenazah... Alhamdullilah.. segala2nya berjalan lancar arwah dimandi n dikapankan dihospital.. n dengan menaiki van jenazah aku, kyah, jamal n suami serta anak arwah membawa jenazah ke masjid kampung batu (berhampiran sek.) untuk disembahyangkan disamping untuk memberi peluang terakhir kpada rakan2 n pelajar2 SEMERA  yng lain memberi penghormatan terakhir kepda arwah.. selesai solat zohor terus diadakan solat jenazah.

Jenazah disemadikan di tanah perkuburan di jalan ipoh juga berhampiran dgn sekolah..

Alhamdullilah.. segalanya selesai apabila jam menunjukkan pukul 3 ptg....

" Ya Allah engkau tempatkan beliau bersama2 org yng beriman "

Semoga rohnya dicucuri rahmat...


kenangan arwah bersama iman..  
masa ini first time arwah berjumpa iman.. 
perjumpaan adalah atas permintaan arwah...

2 comments:

huda said...

alfatihah...

ziana said...

Semoga Allah tempatkan Arwah dikalangan orang Beriman dan diampunkan dosanya.. Amin..Kita yang hidup bagaimana bekalan di sana???