catatan ibunda..buat tatapanmu

Sekadar berkongsi rutin kehidupan yang sempat diabadikan..

Monday, October 24, 2011

Sian anak-anak ibu..

Pernah kah kita ..kau ..aku ..korang terpikir tentang kerjaya sebagai seorang pengasuh di Taska.. Dulu sebelum aku menceburi bidang bisnes taska ni ..walaupun aku berkerjaya n aku seboleh-bolehnya ingin meluangkan masa untuk anak-anak ku... dan aku puas walaupun kepenatan itu mengatasi segala-galanya. aku tak akan biarkan anak2ku berada lama dalam jagaan org atau taska.. Sememtelah lagi bila aku tuan empunya Taska sekarang aku tak pernah mengambil kesempatan untuk  membiarkan anakku lama2 tanpa aku disisi mereka... kecuali aku ada hal atau halangan walaupun yg jaga anakku itu adikku sendiri.

Bila aku menceburi bidang pengasuhan maksud ku membuat bisnes Taska nih aku berjumpa dengan bermacam2 ragam manusia dalam menjaga anak2 dari yang umur 2 bulan hinggalah yang bersekolah darjah 6.Hairan aku kenapa bila anak sakit ada yang tak ambil berat berkudis, berkutu,  berkerapu, berhingus... memang ada yang membekalkan ubat tapi ku pernah membuat ujian sebenarnya ubat itu tak luak pun bila balik ke rumah @ semasa cuti hujung minggu... tp bila di taska sibuk bertanya anaknya mkn ubat pukul berapa? "sian anak ibu"
 Ada jugak yg pakaiannya bila datang ke taska keesokan hari adalah pakaian  yang sama dipakainya semasa pulang  petang semalam.. 'sian anak ibu"
Berbicara soal cuti "sian anak ibu" aku tak sangka ada juga yang walau ibu bapa atau ibu bapanya sedang bercuti tp anak still dihantar ke Taska... "sian SUNGGUH anak ibu" nampak sangat ibu bapa pun tak sunggup nk layan  karenah anak2 mereka dirumah.. .. tak heran lah jika ibu bapa sekarang tak pandai nk menangani anak2 yang byk karenah sekarang nih..ataupun ada anak2 yng tak hormat ibu bapa sekarang nih..
Berbalik pada kejaya  pengasuh pernah tak korang terpikir yg berapa jam sehari mereka berkerja.. berapa hari setahun mereka bercuti??sebelum korg masuk kerja tak kira keja gomen @ keje swasta dorg dh start keje seawal 6.30 pgi..kalu tak mana plak korang nk letak kalu dorg keja pukul 9 kan... tpi korang yang akan abis kejer dulu..dorg kalu korg tak abis keje n tak amik anak selagitu keje diorg tidak berakhir..walaupun mereka dibayar OT tp apalah sgt jika dibandingkan dengan masa rehat diorg yang amat2 berharga tuh...
kalu korang cuti dorg tetap bekerja kecuali cuti umum...
OLEH ITU CUBALAH KORANG HARGAI PENGASUH  KORANG BUKAN LAYAN MERAKA SEOLAH2 KULI KORANG.. PENDIDIKAN AWAL ANAK2 KORANG YANG BERKEJAYA ADALAH DARI MEREKA YANG BERGELAR "PENGASUH TASKA'


No comments: